AZEAN NITA BT ABU, SEKOLAH AGAMA TAMAN CEMPAKA, JALAN PERSIARAN TERATAI, 82100 TAMPOI, JOHOR BAHRU, JOHOR.07-2383717

Saturday, January 9, 2010

Kita Bertanya, Quran Menjawab...

#KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (‘I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.’(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
#KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB‘Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’(Surah Al-Baqarah ayat 216)
#KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya( Surah Al-Baqarah ayat 286)
#KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.’(Surah Al-Imran ayat 139)
#KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
#KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘(Surah At-Taubah ayat 129)
#KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB‘… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’

KEHEBATAN AL-QURAN

Oleh Idris Musa:
  • FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185)
  • Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam.
  • Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan.Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi.
  • Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai manual kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.
  • Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa. Perantara bagi penurunan al-Quran kepada Nabi s.a.w ialah Jibril. Jangka masa penurunan itu selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. “Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kisah tersebut) diturunkan Allah Tuhan sekalian alam. “Ia dibawa turun malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
  • (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.” (asy-Syuarak:192-195)Ayat al-Quran yang mula diturunkan Allah kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.Nabi s.a.w sentiasa dikunjungi Jibril pada Ramadan, seperti dijelaskan dalam hadis di bawah:“Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ketika baginda didatangi Jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada baginda. Sesungguhnya baginda bersifat pemurah dengan segera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) .

Thursday, December 31, 2009

Wednesday, December 16, 2009